Stop ! Celebrate The New Year ! For All Muslim !


Hakikatnya para ulama sejak dahulu lagi telah memberi amaran tentang perbuatan meniru gaya orang kafir menyambut Tahun Baru Masihi.

Antaranya Imam al-Suyyuti (wafat 911H) dalam kitab al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’ di bawah tajuk ‘Bid’ah sambutan Tahun Baru Masihi’ – berkata:

“Apa yang dilakukan oleh ramai orang pada musim sejuk, dan mendakwa ia adalah hari kelahiran Nabi Isa, maka apa yang dibuat pada malam-malam ini daripada perkara-perkara mungkar seperti menghidupkan api, menyediakan makanan, pembelian lilin dan selainnya, maka sesungguhnya mengambil hari-hari kelahiran ini sebagai perayaan, ia adalah agama Nasrani @ Kristian, perkara tersebut tiada asas dalam agama Islam, sambutan hari lahir ini tidak pernah disebut pada zaman salaf terdahulu, bahkan asalnya diambil daripada agama Nasrani @ Kristian, di tambah pula dengan sebab semulajadi, iaitu pada musim sejuk, maka bersempena itu dinyalakan api”.

Para ulama menegaskan bahawa sambutan Tahun Baru Masihi adalah taqlid buta kepada budaya Barat. Keterlaluan dalam menyambutnya melunturkan jati diri umat Islam.

Dr. Jamal Abdul Hadi mengatakan bahawa syara’ tidak mengharuskan sambutan kelahiran Sayyid al-Masih (beliau adalah nabi daripada nabi-nabi Allah SWT) dengan arak dan perbuatan maksiat.
Dr. Abdul Fattah ‘Asyur mengatakan mengikut orang lain dalam perayaan-perayaan mereka yang membawa umat Islam kepada perbuatan-perbuatan seumpama mereka adalah dilarang Islam.
Dr.Yusof al-Qaradawi terlebih dahulu telah mengkritik persiapan dan persediaan yang dilakukan oleh sesetengah negara Arab dan negara Islam bagi menyambut perayaan Tahun Baru Masihi yang membawa kepada kelunturan identiti dan jati diri umat Islam sambil menyifatkan bahawa perbuatan menyambutnya adalah haram di sisi syara’.


Dr.Yusof al-Qaradawi ialah Ulama' Kontemporari Islam Kini

Dr. Abdul Aziz al-Tuwaijiri menegaskan bahawa sambutan Tahun Baru Masihi adalah benda baru yang direka-reka (bid’ah) di dalam agama Kristian dan di sesetengah negara Islam mereka menjadikan kelahiran Nabi Isa a.s. sebagai cuti umum, di tambah pula dengan perkara-perkara mungkar yang mengiringi perayaan ini yang menyalahi syariat Allah dan kesemua agama samawi. Perkara-perkara bid’ah tidak diakui oleh Islam, ia adalah ikutan kepada Barat, dan ikutan kepada mereka adalah lambang restu kepada mereka yang telahpun diberi amaran oleh Allah SWT.

Dr. Abdul Fattah ‘Asyur juga mengatakan sambutan yang dikenali dengan Tahun Baru Masihi di dalam negara-negara Islam adalah ikutan membuta tuli kepada negara-negara Barat yang menjadikan tarikh miladi sebagai asas bagi kehidupan seharian mereka dalam pergaulan, perayaan, sistem kerja dan lain-lain. Beliau menambah: Kita semua mengetahui bahawa antara petunjuk Nabi SAW, sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia di kalangan mereka. Ini kerana menyerupakan sambutan-sambutan umat Islam dengan perayaan-perayaan ini, membawa mereka kepada satu bentuk perbuatan yang menyalahi apa yang dibawa oleh Islam, yang mana kita melihat dalam perayaan-perayaan ini bar-bar arak, tari-menari dan banyak lagi penyelewengan-penyelewengan akhlak yang segan untuk disebut dengan lidah, semuanya itu berpunca daripada taklid buta terhadap kaum yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat

Kesimpulannya, jangan Tahun Baru Masihi itu disambut bak perayaan orang kafir dan orang Barat. Di mana perginya Islamic world-view kita sebagai negara Islam? Namun jika Tahun Baru Masihi disambut hanya sebagai muhasabah kepada setahun yang telah berlalu dan menanam azam bagi tahun yang mendatang, tanpa konsert, tanpa perayaan, tanpa bunga api, tanpa maksiat dan lain-lain yang melalaikan dan membazirkan wang ringgit, ia tidaklah mengapa dan diharuskan. Wallahu a’lam.

Diedit oleh : Remaja Islam
Sumber :http://mufakkir-islami.blogspot.com/

Khalifah Terakhir Islam

Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid
( 1876 - 1909 )
Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.
Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.
Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.
“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.

“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.
Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.
“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.
“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.
Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.
Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.

Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Diambil Dari http://matkilausyam.blogspot.com

IPT YANG MENJADI PILIHAN



SENARAI POLITEKNIK DAN IPTA DI MALAYSIA


SENARAI IPTA ( INTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM) DI MALAYSIA
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
Canseleri
Kampus Kota
Jalan Sultan Mahmud
Kuala Terengganu
20400 Terengganu
http://www.udm.edu.my
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Jalan Gombak,
53100 Gombak,
Selangor
http://www.iiu.edu.my
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43600 Bangi,
Selangor
http://www.ukm.my
Universiti Malaya (UM)
Lembah Pantai,
50603 Kuala Lumpur
http://www.um.edu.my
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Karung Berkunci 36,
Pengkalan Chepa,
16100 Kelantan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
http://www.upnm.edu.my/
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Beg Berkunci 12,
Kuantan,
25500 Pahang
http://www.ump.edu.my
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Tkt. 11, Bangunan KWSP,
Jalan Bukit Lagi,
01000 Kangar,
Perlis
http://www.unimap.edu.my
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Beg Berkunci 2073,
88899 Kota Kinabalu,
Sabah
http://www.ums.edu.my
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Kota Samarahan,
93400 Kuching,
Sarawak
http://www.unimas.my
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Mengabang Telipot,
Kuala Terengganu,
Terengganu
http://www.umt.edu.my
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Jalan Slim,
35900 Tanjung Malim,
Perak
http://www.upsi.edu.my
Universiti Putra Malaysia (UPM)
43400 Serdang,
Selangor
http://www.upm.edu.my
Universiti Sains Islam Malaysia(USIM)
Bandar Baru Nilai,
71800
Nilai,
Negeri Sembilan
http://www.usim.edu.my
Universiti Sains Malaysia (USM)
11800 Minden,
Pulau Pinang
http://www.usm.my
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Karung Berkunci 1200,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
http://www.utem.edu.my
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 Skudai,
Johor
http://www.utm.my
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam,
Selangor
http://www.uitm.edu.my
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM)
Beg Berkunci 101,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat,
Johor
http://www.uthm.edu.my
Universiti Utara Malaysia (UUM)
06010 UUM Sintok
Kedah
http://www.uum.edu.my
SENARAI POLITEKNIK DI MALAYSIA
Politeknik Ungku Omar
Jalan Raja Musa Mahadi,
31400 Ipoh,
Perak.
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam ShahBandar Darulaman,
06000 Jitra,
Kedah.
Politeknik Kuching Sarawak
Km. 22, Jalan Matang,
93050 Kuching.
Sarawak
Politeknik Kota Kinabalu
Jalan Politeknik, Menggatal
88450 Kota Kinabalu,
Sabah.
Politeknik Johor Bahru
Km. 10, Jalan Kong Kong,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim.
Politeknik Kota, Melaka
No. 2, Jalan PPM 10,
Plaza Pandan Malim,
Balai Panjang,
75250 Melaka.
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Km. 8, Jalan Paka,
23000 Dungun,
Terengganu.
Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesen,
35950 Behrang,
Perak
Politeknik Sultan Idris Shah
Sungai Lang,
45100 Sungai Air Tawar,
Selangor
Politeknik Muadzam Shah
Jln Istana Pelanti,
27600 Muadzam Shah,
Pahang
Politeknik Balik Pulau
D/A Politeknik Seberang Perai.
Jalan Permatang Pauh,
13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang.
Politeknik Nilai N. Sembilan
Lot A11, Kompleks Perniagaan Kuarters KLIA,
71800 Nilai,
Negeri Sembilan.
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Semambu,
25350 Kuantan,
Pahang.
Politeknik Kota Bharu
Km. 24, Kok Lanas,
16450 Ketereh,
Kelantan.
Politeknik Port Dickson
Km. 14, Jalan Pantai,
71050 Si Rusa,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Persiaran Usahawan, Seksyen U1,
40150 Shah Alam,
Selangor.
Politeknik Seberang Perai
Jalan Permatang Pauh,
13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang.
Politeknik Kota, Kuala Terengganu
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu
Terengganu.
Politeknik Merlimau
Jalan Jasin,
77300 Merlimau,
Melaka.
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Kulim Hi-Tech Park,
09000 Kulim,
Kedah.
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Ulu Pauh,
02600 Arau
Perlis
Politeknik Mukah
Km. 7.5, Jalan Oya Mukah
96400 Mukah
Sarawak
Politeknik Jeli Kelantan
D/A Politeknik Kota Bharu
Km. 24, Kok Lanas,
16450 Ketereh
Kelantan
Politeknik Banting Selangor
Politeknik Banting,
d/a Kolej Komuniti Kuala Langgat,
Jalan Sultan Sulaiman,
42700 Banting,
Selangor