PROGRAM ANJAKAN PARADIGMA


TEMPAT    : SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN (JAIM), CHENDERAH, 77000                                    JASIN MELAKA.
TARIKH     : 9 – 10 APRIL 2011
ANJURAN : BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN 2010
TEMA        : MELAKUKAN LONJAKAN DEMI SUATU KEJAYAAN
DENGAN KERJASAMA :  UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
                                            UNIT ASRAMA



Saya di pihak penganjur amat berharap agar program ini dapat memberikan sedikit manfaat dan perubahan kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2011. Selain itu, saya juga berharap agar program ini dapat mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran. Saya di pihak penganjur amat berharap semoga pihak pentadbiran Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran dapat memberi sokongan dan kerjasama bagi meluluskan usaha murni ini dalam merealisasikan kecemerlangan huffaz dalam pelajaran bukan sahaja dalam bidang tahfiz. Segala kerjasama dan bantuan daripada pihak Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran dalam merealisasikan program ini saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.


(suntingan dari kertas kerja)





Saksikanlah sedutan Video saya yang tidak seberapa ini.

Platform Anak Muda !!!


Platform lahir setelah melihat anak muda dipinggirkan suaranya


Misi

- menjadikan PlatformM.AM sebagai entiti menjuarai isu-isu anak muda dan rakyat
- menjadi pendesak atau 'barisan ketiga' kepada pemerintah pusat dan negeri
- memperkasakan anak muda untuk bebas menjadi perkakas parti politik



MARI BERAKSI!

Mari membaca!

Muat turun poster di http://platform-anakmuda.blogspot.com/

Pilih media yang anda punya dan cara yang anda suka:

a. Online:

1. Tambahkan blog http://platform-anakmuda.blogspot.com/ di link blog anda
2. Anda juga boleh posting karya kreatif anda (tulisan, foto, video, illustrasi dan sebagainya) tentang Protes Media!
3. Ganti foto profil akaun Twitter, Facebook, Plurk, Tumblr dan lainnya dengan poster Protes Media!
4. Follow akaun Twitter @platform_am atau bergabung dengan kami di Facebook,http://www.facebook.com/platform.am
5. Tweet atau tulis status Facebook anda dengan idea-idea dan pendapat anda tentang media kita dengan memasukkan hashtag kata #protesmedia dan tag di page Facebook kita serentak mulai jam 4 petang
6. Demonstrasi Four square dengan beramai-ramai check in pada jam 4 petang di sekitar Majid Jamek dan tulis "Protes Media!"
7. Bantu dan sebarkan idea tentang Protes Media! di semua akaun online anda


b.Offline:


1. Flash mob membaca akhbar terbalik di perkarangan Masjid Jamek pada pukul 4 petang dan seluruh negara
2. Membaca akhbar terbalik secara santai (tidak perlu flash mob) di Masjid Jamek pada pukul 4 petang dan seluruh negara

Dokumentasikan kegiatan Protes Media! versi kelompok atau komuniti
Upload foto kegiatan itu melalui
Twitter (mention @platform.am atau gunakan #protesmedia
Tag di facebook Platform.am (Page)
Emel ke platform.anakmuda@gmail.co
m
Aksi ini boleh dilakukan di mana-mana anda berada pada 16 April 2011, lebih afdhal bermula serentak jam 4 petang


platform.anakmuda @ gmail.com

Protes akan berlangsung tanpa pimpinan rasmi kerana Platform tiada pemimpin!

Platform juga lahir untuk mengakomodasi anak-anak muda peduli negara dan politik tetapi lemas dengan permainan politikus dan parti-parti politik yang ada 


Sebarkan!


Protes dengan membaca akhbar secara ‘terbalik’

Fazy Sahir
 | April 16, 2011
'Platform Anak Muda' mendesak kerajaan Malaysia menghormati kebebasan media dan rakyat dalam mendapatkan sebarang maklumat.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan anak muda yang memperkenalkan diri mereka sebagai ‘Platform Anak Muda’ hari ini mengadakan protes aman di sekitar bandaraya bagi mendesak kerajaan Malaysia menghormati kebebasan media dan rakyat dalam mendapatkan sebarang maklumat.
Sekumpulan 20 anak muda terbabit, secara simbolik, membaca akhbar arus perdana secara ‘terbalik’ sebagai tanda protes.
Mereka bermula di stesen LRT Masjid Jamek dan kemudian bergerak menuju ke Masjid India dan kawasan sekitar bandaraya.
Turut kelihatan 10 anggota polis yang memantau pergerakan kumpulan terbabit namun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.
Platform Anak Muda ditubuhkan oleh sekumpulan anak muda yang menentang kebebasan media tetapi mereka enggan mendedahkan butir-butir pengasasnya.
Melalui kenyataan medianya hari ini, ‘Platform Anak Muda’ ini menyifatkan tindakan kerajaan menyekat kebebasan ini membawa kemunduran kepada negara dan bercanggah dengan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sekatan maklumat ini lebih hebat berlaku, lebih-lebih lagi ketika pilihan raya negeri Sarawak, di mana masa mengundi baru sahaja tamat jam 5 petang tadi.
“Jika rakyat diutamakan, hormatilah hak asasi rakyat untuk bebas mendapatkan maklumat dan informasi tidak kira sama ada media itu berpihak kepada mana-mana pihak sekalipun,” kata kenyataan itu.
“Di Malaysia, hampir semua jenis media dari televisyen, radio hinggalah ke akhbar dikekang hebat dengan menggunakan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak untuk menutup maklumat yang berpandangan pluralis dari sampai kepada anggota masyarakat.
“Dalam hal ini dapat dilihat di sepanjang 10 hari kempen pilihan raya negeri Sarawak yang tamat tengah malam tadi,” demikian kenyataan Platform Anak Muda kepada FMT awal petang ini.
Rasa tidak puas hati
Sementara itu, beberapa ahli yang ditemui berpendapat bahawa timbul rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat terhadap penyampaian media arus perdana yang didakwa berat sebelah.
Menurut Chuah Siew Eng, inisiatif yang dilakukan kumpulan anak muda ini harus dipuji memandangkan mereka jelas dengan situasi yang dimainkan media arus perdana kini.
“Saya ingin memberi sokongan kepada anak muda dengan inisiatif mereka menganjurkan protes ini. Ramai yang pandai mengkritik media arus perdana yang lain tapi tidak buat apa-apa tindakan yang jelas dan memberikan impak,” katanya.
Termos Ibin berkata media arus perdana perlu menyampaikan maklumat yang seimbang dan jelas serta tanpa memihak.
“Kami ingin menunjukkan rasa menyampah kami terhadap media-media arus perdana. Kami melihat apa yang disiarkan berat sebelah dan tidak memberikan maklumat yang betul.
Walaupun kami tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi kami mahukan semua maklumat yang disampaikan saksama dan seimbang,” katanya.
Bagi Daniel Caspelo pula, kebanyakan maklumat yang disampaikan banyak diputarbelitkan memandangkan media arus negara dikawal sepenuhnya oleh pihak kerajaan.
“Sekarang ini banyak ‘info’ yang diputerbelitkan oleh media yang dikawal oleh kerajaan,” terang beliau.

Malaysia antara 10 negara paling mesra di dunia



FRANKFURT: Malaysia dianggap antara 10 negara paling mesra di dunia. Mereka yang sering melancong ke beberapa negara berkemungkinan besar kembali ke negara seperti ini kerana penduduknya mesra dan bersikap terbuka, malah ada antara pelancong ini mahu menetap di negara itu dan enggan kembali ke tanah air sendiri.
Satu kaji selidik oleh Bank HSBC mendapati Malaysia berada di tangga kesembilan dalam senarai negara paling mesra. Selain kemesraan rakyat tempatan, satu lagi kriteria yang digunakan ialah bagaimana warga asing mudah bergaul dan menerima persekitaran di sesebuah negara itu.
Kaji selidik yang dijalankan dari April hingga Jun 2010 itu mencakupi 4,000 orang di 100 negara. Mereka ditanya soalan seperti di manakah mudah bagi mereka mendapat kenalan tempatan, adakah mudah bagi mereka mempelajari bahasa negara berkenaan dan sama ada mereka mudah menerima budaya tempatan.
Sebanyak 80 peratus daripada mereka yang ditemubual itu berkata bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan mereka, dan sebab itulah negara yang banyak menggunakan bahasa itu, berada dalam senarai teratas. Namun, terdapat juga negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris berada dalam senarai 10 negara teratas itu.
Untuk tahun kedua berturut-turut, Kanada adalah negara paling mesra, diikuti Bermuda, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, Sepanyol, Perancis, Britain, Malaysia dan Jerman. – BERNAMA
P/s : Saya bangga jadi Anak Malaysia.

Cerita Sebenar Kematian Pelajar 7 Tahun

Posted on  by syazwan
Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.
Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,
“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )
“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -
Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.
Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.
CERITA SEBENAR
Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.
“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.  Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.
Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.
Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”
Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.
Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )
Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.
Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung olehwarden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )
Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.
GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.
rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri

Kata-Kata Imam Syafie sebelum beliau meninggal


Kata-kata imam Syafie sebelum beliau meninggal, semoga kita dapat mengambil pengajaran serta pedoman bagi kita. Harap ia terkesan dihati kita semua. InsyaAllah.

Elaika- PadaMU Ya Allah


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia


Wallahua'lam...

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan 2011



Senarai semakan tarikh keputusan permohonan kemasukan 2011 bagi Matrikulasi, UPU, KPLSPM, Politeknik, PILN dan Tingkatan 6.

UPU – Lepasan SPM

TarikhRujukan
Semakan Temuduga (jika ada)11 April 2011UTM, UiTM, UPSI, UPNM
Temuduga14 – 18 April 2011
Keputusan PermohonanMei 2011upu.mohe.gov.my
Penerimaan TawaranMei 2011IPTA
Pendaftaran Pelajar Baru1 Jun 2011


MATRIKULASI

TarikhRujukan
Keputusan Permohonan28 April 2011moe.gov.my
Pendaftaran Pelajar Baru23 Mei 2011
Keputusan Rayuan dan Ambilan KeduaMei 2011
Pendaftaran Pelajar Baru (Rayuan dan Ambilan Kedua)Jun 2011

KPLSPM

TarikhRujukan
Semakan Temuduga12 April 2011moe.gov.my
Temuduga & Ujian Insak18 – 29 April 2011
Semakan Temuduga(Ambilan Khas)25 April 2011
Temuduga & Ujian Insak2- 5 Mei 2011
Keputusan Permohonan21 Mei 2011
Pendaftaran Pelajar Baru20 Jun 2011

POLITEKNIK

TarikhRujukan
Semakan Panggilan Temuduga8 & 13 April 2011politeknik.edu.my
Temuduga11 – 25 April 2011
Ujian Bertulis17 – 25 April 2011
Keputusan Permohonan (Tanpa Bertemuduga)22 Mei 2011
Keputusan Permohonan (Bertemuduga)30 Mei 2011
Pendaftaran Pelajar Baru3 Julai 2011

PILN JPA

TarikhRujukan
Semakan Temuduga8 – 16 April 2011esilav2.jpa.gov.my
Temuduga12 – 15 April 2011
Keputusan TemudugaMei 2011
Program Perdedahan Kerjaya Seorang Doktor10 – 12 Mei 2011
Keputusan RayuanJun 2011
Pendaftaran Pelajar BaruJun/Julai/Ogos 2011

PILN MARA

TarikhRujukan
Semakan Temuduga14 April 2011mara.gov.my

TINGKATAN 6

TarikhRujukan
Semakan Tawaran ke Tingkatan 69 Mei 2011moe.gov.my
Pendaftaran Pelajar BaruMei 2011
Permohonan Pertukaran JurusanMei 2011Pengetua Sekolah
Tarikh Tutup RayuanJun 2011Pengetua Sekolah