Negara Islam Sudan Bakal Terbahagi Dua


Ahad, 9 Januari 2011, kawasan selatan Sudan mengadakan pungutan suara menuntut kemerdekaan dari negara Sudan. 9 orang telah mati menjelang pungutan suara ini.

Pungutan suara ini akan menghasilkan sebuah negara baru. 3.9 juta pemilih akan menentukan dan syarat sah pemilihan ini ialah perlu tidak kurang 60% keluar me
ngundi.



Semalam, Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir berucap di hadapan ribuan penduduknya. Walaupun belum rasminya menjadi sebuah negara, Sudan Selatan telah sejak beberapa tahun mempunyai pemerintahan sendiri, berbeza dengan dasar-dasar di Khartoum.

"Saya mendesak anda semua membuat keputusan secara damai sebagai langkah mengakhiri perjalanan yang panjang ini," kata Kiir. "Dari pandangan pemerintahan Sudan Selatan, kami menjanjikan atmosfera yang tenang dan jaminan keselamatan."

John Kerry, Senator Amerkia Syarikat yang juga salah satu pemantau di referendum ini, menyatakan kestabilan di Sudan Utara juga kritikal. Sudan akan kehilangan separuh tanahnya, hampir satu perempat populasinya dan pendapatan utamanya, minyak, jika Sudan Selatan memilih merdeka.

"Ini bukan hanya saat menentukan nasib sendiri dari Selatan, jika mereka melakukannya, tapi ini juga pembaharuan dari bangsa yang ada di Utara. Itu harapan kami, sama ada itu terjadi atau tidak, bergantung pada pemimpinnya," kata Kerry.

Sudan Selatan telah bertahun-tahun berperang saudara dengan Utara. Minggu-minggu kebelakangan ini berlaku gencatan senjata namun dua kelompok kecil belum dapat ditenangkan.

Jika referendum ini berjaya, negara terbesar di Afrika ini akan terbahagi dua antara Utara yang didominasi Arab Muslim dan Selatan yang didominasi etnik Afrika yang umumnya Kristian dan animis.


Julai nanti, Sudan Selatan akan menjadi negara termuda di dunia.

Amerika Syarikat sendiri telah meletakkan referendum di selatan ini sebagai tumpuan politik dalam dasar luar negeri mereka. Jika pungutan suara ini berjaya, Amerika berjanji mengeluarkan Sudan dari senarai negara pembiaya keganasan. - AP

p/s : Petronas yang melabur di Sudan tu pastinya di kawasan Selatan. Apa status mereka selepas ini?


148,500 tempat untuk Lepasan SPM di IPTA



ORANG ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 Ke-7 di Pusat Dagangan Terengganu.
KUALA TERENGGANU: Program peringkat diploma yang sebelum ini dilihat sebagai pilihan kedua atau ketiga akan diperkasakan supaya menjadi pilihan utama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin, berkata kementerian merancang mengarusperdanakan program pengajian diploma di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara bagi melahirkan modal insan berkualiti.
Berikutan itu, katanya, tempoh pengajian program diploma akan dipendekkan tidak melebihi dua setengah tahun berbanding tiga tahun ketika ini, selain menggalakkan pelajar mengikuti diploma di Politeknik yang menawarkan yuran pengajian jauh lebih rendah iaitu anggaran RM400 setahun, berbanding hampir RM1,000 setahun di universiti awam. Kementerian mahu pelajar lepasan SPM tidak hanya bertumpu kepada program matrikulasi dan asasi sains, tetapi juga menjadikan program diploma sebagai pilihan utama mereka.

Kementerian akan berusaha memartabatkan diploma menerusi pengiktirafan badan profesional dalam dan luar negara, manakala graduannya diiktiraf pada peringkat
antarabangsa, katanya pada sidang media selepas perasmian Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U kali ketujuh di Pusat Dagangan Terengganu di sini, semalam. Karnival dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau turut mengumumkan 148,500 tempat untuk kemasukan lepasan SPM atau setaraf di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tahun ini. Daripada jumlah itu, 14,000 tempat untuk program asasi di IPTA, diploma IPTA (34,000), diploma politeknik (51,000), sijil di kolej komuniti (11,000) serta sijil di institut latihan kemahiran awa
m (ILKA) sebanyak 38,500.


Jadual Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 'Jom Masuk U'

Kelebihan Menghafaz Al-Quran




Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai kelebihan menghafaz al-Quran. Sebelum ini saya ada berkongsi sedikit artikel 'sematlah dadamu dengan Al-Quran'. Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :
  • Ganjaran di dunia.
  • Ganjaran di akhirat.
Ganjaran di dunia
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka.
  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)
  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ganjaran di akhirat
  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)
Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.

Sematlah Dadamu Dengan Al-Quran !



Mengahafal sebahagian daripada Al Quran yang diperlukan untuk menjadikan solah sah adalah fardhu ain keatas setiap orang Islam. Sementara menghafal Al Quran keseluruhannya adalah fardhu kifayah. Sekiranya tidak ada seorang pun yang menjadi hafiz maka seluruh ummat Islam adalah berdosa. Mulla Ali Qari rah.a menukilkan daripada Imam Zarkashi rah.a bahawa sekiranya mana-mana bandar atau kampung yang tidak mempunyai seorang pun yang boleh membaca Al Quran maka semua orang akan berdosa.



Hadis 1:
Dalam hadis riwayat Osman bin Affan r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Yang terbaik diantara kamu ialah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya. (Hadis riwayat Bukhari, Tirmizi, Abu Daud, Nasai dan Ibn Majah)

Hadis diatas menunjukkan bahawa perkara yang terbaik ialah belajar Al Quran kemudian mengajarkan Al Quran kepada orang lain.



Sebenarnya Al Quran itulah Islam. Oleh itu agama Islam bergantung sepenuhnya kepada pengekalan dan penyebaran Al Quran. Oleh kerana itu, sudah jelaslah tentang kedudukan terbaik bagi orang yang mempelajari Al Quran atau mengajarkannya.


Mulla Ali Qari rah.a menukilkan satu hadis lain bahawa sesiapa yang telah memperolehi ilmu Al Quran telah menyimpan ilmu kenabian dikepalanya. Dalam kitab 'Syarah Ihya Ulummuddin' terdapat senarai orang yang akan diberi perlindungan dibawah a'rash Allah Ta'ala pada hari pengadilan yang menggerunkan, antara mereka adalah orang yang mengajar Al Quran kepada kanak-kanak Islam dan juga mereka yang belajar Al Quran semasa usia muda dan terus mengambil berat untuk membaca apabila sudah dewasa.


Hadis 2:
Abu Said r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ''Allah Ta'ala berfirman , ''Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu kerana sibuk dengan Al Quran maka Aku akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKu. Ketinggian perkataan Allah Ta'ala keatas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah Ta'ala keatas segala makhluq. (Tirmizi,Darimi dan Baihaqi)

Hadis 3:
Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, ''(Pada hari kiamat) akan dikatakan kepada orang Al Quran, Bacalah Al Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya didunia dan naiklah (darjat demi darjat didalam syurga). Sesunguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca. (Tirmizi, Ahmad dan Abu Daud)


Sepintas lalu 'orang Al Quran' bermaksud seorang yang menghafal Al Quran (HAFIZ). Dalam sharah Ihya-Ulumuddin menyatakan bahawa setiap ayat ialah satu darjat dalam syurga.




Mulla Ali Qari rah.a menukilkan satu hadis bahawa jikalau seseorang itu selalu membaca Al Quran di dunia ini, barulah dia akan dapat mengingati Al Quran di akhirat, jika tidak dia akan lupa bacaan-bacaan Al Quran.

Hadis 4:
Ali r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, ''Sesiapa yang membaca Al Quran lalu menghafalkannya dan menghalalkan apa-apa yang halal dalamnya dan mengharamkan apa-apa yang haram dalamnya akan dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah Ta'ala dan Allah Ta'ala akan menerima syafaatnya yang diberi kepada sepuluh orang daripada ahli keluarganya yang kesemua mereka telah wajib memasuki neraka (H.R Tirmizi)


{Perlulah dalam setiap keluarga sekurang-kurangnya mempunyai seorang HafizulQuran untuk selamatkan kita dari neraka}

Hadis 5:
'Uqbah bin'Amir r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, ''Jika Al-Quran itu dimasukkan kedalam kulit dan kemudian dicampakkan ke dalam api nescaya kulit itu tidak akan terbakar. (H.R Darimi)


Para Ulama berpendapat bahawa perkataan 'kulit' ditafsirkan sebagai kulit manusia dan perkataan 'api' bermaksud api neraka. Hadis ini bermaksud bahawa jika seseorang Hafiz Al -Quran dimasukkan ke dalam neraka disebabkan sesuatu dosa maka api neraka tidak dapat membakarnya.


Diriwayatkan dari Abu Umamah r.a dan dinukilkan oleh Mulla 'Ali Qari rah. dalam kitab Sharah-Ul-Sunnah, ''Hafallah Al Quran, kerana Allah Ta'ala tidak akan mengazab hati yang mengandungi Al Quran.

SUMBER

Memoribilia Gunung Ledang



Pada 5-7 Mac lalu seramai 37 orang ahli QG93 telah mengikuti Misi Pendakian Gunung Ledang.Pendakian ini dipimpin oleh En Aniq Asyran bin Ahmad,Ustaz Johari bin Sallih,Ustaz Sahril bin Yusuf dan Ustaz Hasbullah bin Othman.Selain itu,pelbagai program telah diisi antaranya memulihara dan memelihara flora dan fauna sambil mendaki,ice breaking dan bermain sambil belajar Bahasa Arab.Seramai 32 pelajar telah berjaya mendaki hingga ke puncak.Ucapan Tahniah diberikan kepada mereka.Oleh itu,pada hemat saya program pendakian ini dapat memberikan mereka kekuatan untuk terus belajar dan seterusnya cenerlang dalam peperiksaan SPM.Dan Sekarang Ustaz Johari dan En Aniq Asyran juga telah berpindah.Oleh itu demi mengingatkan kembali kenangan tersebut,saya bawakan Video Kenangan Ustaz Dan Gunung Ledang.



Ulama' Kian Tidak Diikuti




Pada zaman serba moden dan canggih ini,umat islam kian alpa dan terpedaya dek dakyah barat yang menyerang sebarkan fahaman nasionalismenya di semua negara islam,hinggakan pada hari ini umat islam kini sudah lupa di mana sejarah islam.Ingin ditegaskan disini,dengan bertaburannya pesta bukaan aurat wanita islam melayu dan kem zina di merata di negara ini,tidak hairanlah peranan ulama' kini diabaikan.Malah ada di kalangan umat islam sendiri bukan sekadar tidak mengakui ulama' malah menentangnya.Fahamilah ulama itu pewaris nabi.




APAKAH ITU ULAMA?



Ulama (علماء, ditransliterasikan sebagai ‘Ulamā) ialah seorang pemuka atau pemimpin agama yang bertugas untuk membimbing dan memandu umat Islam baik dalam masalah-masalah agama mahupun masalah sehari-hari yang diperlukan baik dari sisi keagamaan ataupun sosial kemasyarakatan.



Ulama berasal dari perkataan alim yang bermaksud seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan terutama tentang hal ehwal agama dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Seorang yang alim juga dilihat dari sudut pakaian dan kehidupan luarannya.

Seorang ustaz atau tok guru selalu dilabel sebagai alim kerana mereka memiliki ilmu ukhrawi berbanding ilmu duniawi. Mufti, qadi, faqih dan muhaddith adalah contoh ulama.
Oleh itu,tidak kiralah sesiapa yang mempunyai ilmu agama islam yang tinggi patut digelar ulama.Barang sesiapa yang masih tidak mengakui peranan ulama,doalah kepada ALLAH yang satu dan pelajarilah ilmu agama dengan mendalam bukan hanya dengar ceramah di masjid sahaja malah mempelajari Kalam Agungnya iaitu Al-Quran.

Nukilan Sendiri

Remaja Islam Jauhi Perangkap Kristian

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagai teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja.
Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, sama ada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adalah...
“Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?”,
“Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak”,
“Saya tertarik dengan tingkah laku awak”.
“Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi”
Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka Kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi

PERANGKAP
Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu “gentleman” sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persahabatan mereka, cubaan “ringan-ringan” pun tidak ada. Tetapi awas, para ibubapa.
Satelah sekian lama bersama serta mendapati si gadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan”langkah sebenarnya” yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis ternoda. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA
Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benarmengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawab diatas perbuatan mereka seraya berkata “Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama”
Seterusnya kata si jejaka “Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagaibalasan dosa.
Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya.”
Kata si jejaka lagi, “Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam)yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita.”
Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

DOA
“Doa adalah senjata para mukmin”. Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.

Amin……Ya Rabbil A’lamin.
SUMBER

7 Kalimat Untuk Diamalkan


Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walaupun seluas laut.

  1. Menyebut Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  2. Menyebut Alhamdulillah pada tiap-tiap-selesai sesuatu.
  3. Menyebut Astaghfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
  4. Menyebut Insyallah jika merencanakan hari esok.
  5. Menyebut La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tidak diingini.
  6. Menyebut Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi musibah.
  7. Menyebut La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tidak terpisah dari lidahnya.
Amalkanlah selalu agar menjadi rutin seharian.

Nukilan Sendiri.

Menara Abraj Al-Bait Perentas Masa Umat Islam


Menara Abraj Al Bait adalah sebuah kompleks bangunan yang sedang dalam pembinaan di Kota Makkah, Arab Saudi. Apabila siap, menara tertinggi kompleks ini akan menjadi bangunan tertinggi di Arab Saudi dan kedua di Timur Tengah setelah Burj Dubai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan antara bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 595 m (1,950 ka). Sementara itu, jika jumlah lantai di ketujuh-tujuh kompleks menara ini dihitung bersama, maka jumlah luas lantainya diperkirakan mencapai 1,450,000 meter persegis (15,600,000 ka persegi) dan akan menjadi binaan dengan jumlah luasa lantai terbesar di dunia, mengalahkan Aalsmeer Flower Auction di Aalsmeer, Belanda yang menjadi pemegang rekod hingga saat ini.Projek ini dijangkakan siap pada 2011 dengan luas lantai 15,600,000 kaki persegi (1,450,000 m²).
Lokasi menara ini berada di seberang jalan Masjidil Haram, masjid paling suci umat Islam. Menara Abraj Al Bait dibangun untuk menampung para jemaah haji yang semakin banyak datang ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Perniagaan perhotelan yang semakin lama menjadi berkembang di bandar raya ini juga tidak terlepas dari banyaknya jumaah haji ini. Selain itu, Menara Abraj Al Bait ini juga dirancang untuk mampu menampung jemaah haji sampai dengan 65,000 orang.

Terdapat tujuh menara dengan satu menara yang dinamakan Hotel Tower memiliki ketinggian diatas 6 menara lainnya yang diperkhususkan untuk pangsapuri (tinggi menara hotel adalah 595 m). Bangunan dibawah tujuh menara ini diisi dengan 4 tingkat pusat membeli-belah, ruang persidangan, dan kemudahan-kemudahan yang lain.
Pembinaan Menara Abraj Al Bait ini dimulai pada tahun 2004, dan secara bertahap-tahap ketujuh menara ini akan diselesaikan dan yang paling terakhir selesai dari ke tujuh menara ini adalah Hotel Tower. Kompleks bangunan ini diperkirakan akan selesai pada tahun 2009 dan biaya pembangunannya dipekirakan anggaran 1.6 bilion dolar AS.

Jam di puncak menara ini dapat dilihat dari seluruh kota Makkah. Dengan diameter 46 meter, ia merupakan jma terbesar di dunia, 5 kali lebih besar dari Big Ben di London. Jam di Cevahir Mall di Istanbul, Turki hanya 36 meter diameter. Kalimah 'Allah' tertulis pada empat sisinya, boleh dilihat pada jarak 25 kilometer. Ia menggunakan 2 juta lampu LED. 21,000 lampu merah dan hijau di puncak menara. Lampu ini akan bercahaya 5 kali menandakan waktu sembahyang.

Ia dibangunkan oleh Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al-Saud melalui hibah dari Yayasan Raja Abdul Aziz. Menara ini menggunakan kepakaran jurutera Jerman dan Switzerland dan dibangunkan oleh Saudi Binladen Group.[3] Ia menggunakan 250 pekerja mahir muslim.

Jam ini mula beroperasi pada 11 Ogos 2010. Ia diharap sebagai pengganti masa piawai longitud median Greenwich, London, yang terletak pada garisan bujur 0'.[4] Ia diharap dapat menggantikan waktu piawai garisan Meridian Perdana (GMT/GMP) yang berusia 126 tahun iaitu 1884. Persidangan di Doha 2008, menyatakan Mekah adalah titik pusat sebenar bumi.
Namun begitu, pada pandangan anda adakah ia merupakan projek yang membazir?


Sumber : Wikipedia