Sematlah Dadamu Dengan Al-Quran !



Mengahafal sebahagian daripada Al Quran yang diperlukan untuk menjadikan solah sah adalah fardhu ain keatas setiap orang Islam. Sementara menghafal Al Quran keseluruhannya adalah fardhu kifayah. Sekiranya tidak ada seorang pun yang menjadi hafiz maka seluruh ummat Islam adalah berdosa. Mulla Ali Qari rah.a menukilkan daripada Imam Zarkashi rah.a bahawa sekiranya mana-mana bandar atau kampung yang tidak mempunyai seorang pun yang boleh membaca Al Quran maka semua orang akan berdosa.



Hadis 1:
Dalam hadis riwayat Osman bin Affan r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Yang terbaik diantara kamu ialah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya. (Hadis riwayat Bukhari, Tirmizi, Abu Daud, Nasai dan Ibn Majah)

Hadis diatas menunjukkan bahawa perkara yang terbaik ialah belajar Al Quran kemudian mengajarkan Al Quran kepada orang lain.



Sebenarnya Al Quran itulah Islam. Oleh itu agama Islam bergantung sepenuhnya kepada pengekalan dan penyebaran Al Quran. Oleh kerana itu, sudah jelaslah tentang kedudukan terbaik bagi orang yang mempelajari Al Quran atau mengajarkannya.


Mulla Ali Qari rah.a menukilkan satu hadis lain bahawa sesiapa yang telah memperolehi ilmu Al Quran telah menyimpan ilmu kenabian dikepalanya. Dalam kitab 'Syarah Ihya Ulummuddin' terdapat senarai orang yang akan diberi perlindungan dibawah a'rash Allah Ta'ala pada hari pengadilan yang menggerunkan, antara mereka adalah orang yang mengajar Al Quran kepada kanak-kanak Islam dan juga mereka yang belajar Al Quran semasa usia muda dan terus mengambil berat untuk membaca apabila sudah dewasa.


Hadis 2:
Abu Said r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ''Allah Ta'ala berfirman , ''Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu kerana sibuk dengan Al Quran maka Aku akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKu. Ketinggian perkataan Allah Ta'ala keatas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah Ta'ala keatas segala makhluq. (Tirmizi,Darimi dan Baihaqi)

Hadis 3:
Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, ''(Pada hari kiamat) akan dikatakan kepada orang Al Quran, Bacalah Al Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya didunia dan naiklah (darjat demi darjat didalam syurga). Sesunguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca. (Tirmizi, Ahmad dan Abu Daud)


Sepintas lalu 'orang Al Quran' bermaksud seorang yang menghafal Al Quran (HAFIZ). Dalam sharah Ihya-Ulumuddin menyatakan bahawa setiap ayat ialah satu darjat dalam syurga.




Mulla Ali Qari rah.a menukilkan satu hadis bahawa jikalau seseorang itu selalu membaca Al Quran di dunia ini, barulah dia akan dapat mengingati Al Quran di akhirat, jika tidak dia akan lupa bacaan-bacaan Al Quran.

Hadis 4:
Ali r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, ''Sesiapa yang membaca Al Quran lalu menghafalkannya dan menghalalkan apa-apa yang halal dalamnya dan mengharamkan apa-apa yang haram dalamnya akan dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah Ta'ala dan Allah Ta'ala akan menerima syafaatnya yang diberi kepada sepuluh orang daripada ahli keluarganya yang kesemua mereka telah wajib memasuki neraka (H.R Tirmizi)


{Perlulah dalam setiap keluarga sekurang-kurangnya mempunyai seorang HafizulQuran untuk selamatkan kita dari neraka}

Hadis 5:
'Uqbah bin'Amir r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, ''Jika Al-Quran itu dimasukkan kedalam kulit dan kemudian dicampakkan ke dalam api nescaya kulit itu tidak akan terbakar. (H.R Darimi)


Para Ulama berpendapat bahawa perkataan 'kulit' ditafsirkan sebagai kulit manusia dan perkataan 'api' bermaksud api neraka. Hadis ini bermaksud bahawa jika seseorang Hafiz Al -Quran dimasukkan ke dalam neraka disebabkan sesuatu dosa maka api neraka tidak dapat membakarnya.


Diriwayatkan dari Abu Umamah r.a dan dinukilkan oleh Mulla 'Ali Qari rah. dalam kitab Sharah-Ul-Sunnah, ''Hafallah Al Quran, kerana Allah Ta'ala tidak akan mengazab hati yang mengandungi Al Quran.

SUMBER

Tiada ulasan on "Sematlah Dadamu Dengan Al-Quran !"