Lawani Nafsu





Nafsu itu adalah keinginan manusia yang tersirat dalam akal pikirannya. Nafsu ada yang baik, yaitu nafsu yang tidak bertentangan dengan hati nurani serta perintah-perintah dan larangan-larangan yang Allah tetapkan. Namun ada pula nafsu yang buruk, yaitu nafsu yang hanya untuk memenuhi keinginan pikirannya saja, tanpa melibatkan hati nurani dan ketetapan Allah. Berikut ini adalah jenis-jenis nafsu menurut Islam.

Nafsu yang buruk :
Nasfu Amarah

  • adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
  • mereka adalah dari golongan yang bermaksiat di mata dan di hatinya.
  • mereka adalah golongan ahli neraka.

Nafsu Lawamah
  • adalah nafsu yang menyadari apabila melakukan suatu kemungkaran.
  • golongan ini beramal tetapi masih ada riya, hasut, dengki dan sebagainya.
  • nafsu mereka tetap dilakukan walau mereka tahu itu salah.
  • mereka adalah golongan ahli neraka.

Nafsu Marhamah
  • adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat tercela.
  • walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
  • mereka adalah golongan ahli neraka.

Kemudian nafsu-nafsu yang baik adalah :




Nafsu Mutmainah

  • adalah nafsu yang lemah lembut.
  • mereka mendapat ketenangan dan menghilangkan gelisah di jiwa.
  • mereka adalah orang yang sholeh.
  • golongan ini adalah dijamin surga.

Nafsu Raudiah
  • adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk mencintai Allah sepenuhnya..
  • mereka bergaul dengan orang banyak tetapi hatinya semata-mata hanya kepada Allah.
  • mereka bisa juga disebut sebagai Wali Allah.

Nafsu Kamaliah
  • adalah nafsu yang sempurna, nafsu yang hanya dimiliki oleh para Nabi dan Rasul.

Nafsu Mardiah
  • adalah nafsu yang terbaik dan yang paling dicintai Allah. Nafsu ini adalah nafsu yang paling di ridhai Allah. Keridhaan tersebut terlihat pada anugrah yang diberikan-Nya berupa senantiasa berdzikir, ikhlas, mempunyai karomah, dan memperoleh kemuliaan, sementara kemuliaan yang diberikan Allah SWT itu bersifat universal, artinya jika Allah memuliakannya, siapa pun tidak akan bisa menghinakannya, demikian pula sebaliknya orang yang dihinakan oleh Allah SWT, siapa pun tidak bisa memuliakannya.

Antara Dua Cinta



Pertama dan selamanya salam diutuskan keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Dengan Kehadiran Hari Valentine yang bertarikh 14 Februari ini, di kalangan umat islam mula menyedari bahawa wujudnya pelbagai liabiliti yang timbul dalam perkara ini. Di hari inilah juga masyarakat mengatakan dimana gejala zina mula memuncak.


JAKIM telah melancarkan Kempen 'AWAS JERAT VALENTINE'S DAY'

selangor anti-zina campaign halimah and khalid ibrahimOleh itu atas inisiatif Kerajaan, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Kempen Anti Zina siri satu dan dua sebelum ini telah membuatkan kerajaan negeri Selangor meneruskan kempen tersebut sehinggalah isu gejala sosial yang melanda masyarakat dapat dibanteras, lapor TV Selangor.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sejak kempen ini diperkenalkan oleh kerajaan negeri, ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak. Kempen anti zina ini bukanlah untuk mengganggu masyarakat bukan Islam tetapi adalah tanda amaran kepada umat Islam, dan ini bukan dianggap sebagai serbuan tetapi peringatan kepada orang Islam dan menjadi tanggungjawab mereka dalam mencegahnya

Isu seterusnya , pada keesokkan harinya Hari Kebesaran Nabi Muhammad S.A.W mula disambut oleh seluruh umat Islam.Tunas permasalahan di sini adalah ...dimana kita letakkan cinta kita di ANTARA DUA HARI ini ??? fikir-fikirkanlah kita sebagai seorang Muslim....



Dikesempatan ini, daku ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1432 Masihi, sambutan yang akan diadakan pada hari esok hari selasa iaitu dengan TEMA KEBANGSAAN 2011 “1 MALAYSIA 1 UMMAH” yang bertujuan umat Islam diseru untuk bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara di samping menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunnah.

Tuan Guru Nik Aziz Ziarah Merlimau


Pada 12 Feb (Sabtu ) Mursyidul AM PAS Tuan Guru Nik Aziz akan menziarahi Merlimau untuk gerak gempur PAS sempena PRK DUN Merlimau pada 6 Mac. Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz selaku kepimpinan tertinggi PAS dijangkakan, akan menyuntik semangat para jentera pilihanraya PAS dan PR untuk melakukan gerak kerja bagi membuat 'kejutan' di PRK pertama di Melaka selepas tsunami politik Mac 2008.


Tuan Guru Nik Aziz di jangkakan merasmikan Markaz Besar PAS di Taman Muhibbah, Merlimau pada 11 pagi. Manakala pada malamnya, Tuan Guru Nik Aziz akan mengadakan ceramah perdana di Pusat Tahfiz Al-Solihin bersama pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz dijangkakan memberi tamparan hebat kepada jentera pilihanraya UMNO Be End Melaka terutamanya Pengarah Pilihanrayanya, Ali Rustam.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan sehari ke Merlimau pada 19 Februari depan untuk meninjau kemajuan pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata antara aturcara sempena lawatan Perdana Menteri ialah merasmikan pecah tanah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin, yang dibangunkan dengan anggaran kos RM300 juta di atas tanah milik Yayasan Melaka.


Beliau juga dijadual melakukan pecah tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT)Merlimau, melakukan tinjauan mesra di Pekan Merlimau dan pada sebelah malamnya menghadiri jamuan rakyat serta jamuan Tahun Baru Cina di pekan itu.


Tulisan Jawi ! Siapa Hapuskan ?



TULISAN Jawi adalah lambang jati diri, citra dan keunggulan umat Melayu. Peranan dan jasa agung dimainkan tulisan Jawi sebenarnya bermula sejak ia menjadi penyebar maklumat dan pendapat paling utama sejak puluhan tahun lalu. Cuma kebelakangan ini tulisan Jawi diketepikan peranan dan kehebatannya.


Kehadiran kitab Jawi muktabar seperti Sayr as-Salikin, Sabil al-Muhtadin, Tajul Muluk, Matla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain dan kemunculan ulama legenda seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri dan Abdul Samad al-Palembangi serta ramai lagi berjaya mendaulatkan tulisan Jawi.
Masyarakat hari ini boleh mengambil iktibar daripada kejayaan ahli fikir Islam terdahulu yang menguasai pelbagai bidang ilmu serta bahasa. Usaha menghidupkan bahasa Melayu berteraskan Jawi perlu dilaksanakan kerana kaitannya dengan bahasa al-Quran (Arab).
Pejuang tulisan Jawi yang bertanggungjawab memberi nafas baru terhadap tulisan itu ialah ikon umat Melayu iaitu Pendita Za’ba yang mengumpulkan perkataan Melayu sejak 1918 bagi tujuan menyusun sebuah kamus besar.



Fara Fauzana di salah satu papan iklan di Negeri Kelantan



Usaha pemantapan tulisan jawi dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan

Hasilnya pada 1931, Za’ba menulis buku Rahsia Tulisan Jawi untuk warisan umat Melayu dan ternyata beliau berjaya meniup semangat tulisan Jawi dari semasa ke semasa. Akhirnya sebuah buku Daftar Ejaan Jawi-Rumi dapat disusun hasil perbincangan dengan beberapa rakan-rakannya.

Tan Sri Mohamed Khir Johari terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada Bahasa Melayu. Bermula dari itu, semua pelajaran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ditukar tulisannya ke dalam tulisan rumi.
Generasi yang mendapat didikan selepas beliau menjadi menteri di Kementerian Pelajaran telah menjadi generasi yang kurang mahir dalam tulisan jawi. Serentak dengan itu juga akhbar utama orang Melayu ketika itu, Utusan Melayu menjadi semakin malap dan tidak popular.
Intihannya,bukanlah orang cina,india,sikh,orang asli, dan mahupun kadazan dusun yang membunuh bahasa melayu tetapi orang Melayu sendiri yang menikam bahasa ibundanya sendiri sendiri.
BUKTINYA :

Orang Melayu matikan Utusan Melayu (klik)

p/s Marilah kita bersama mengembalikan kegemilangan tulisan jawi. Kerana menurut pandangan Editor tulisan jawi dapat mengangkat Tulisan Al-Quran malah menampilkan keunikan sesuatu bahasa disamping menjulang keistimewaan bangsa melayu...

PLKN ? Apa Kelebihannya ?








1. Apakah Maksud Khidmat Negara?
Latihan Khidmat Negara (LKN) adalah satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan ala Malaysia berteraskan tiga modul utama.

2. Apakah struktur latihan dan peratusan latihan Khidmat Negara?



Struktur Latihan Khidmat Negara ialah 20% latihan asas Ketenteraan Meliputi aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, reppeiling dan abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.

40% elemen Kenegaraan/ Pembentukan watak Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancam
an keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.

40% elemen Khidmat Masyarakat Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.

3) Apakah tindakan yang akan dikenakan jika seseorang yang terpilih menyertai Khidmat Negara tetapi tidak menyertainya?
Kegagalan menghadiri Latihan Khidmat Negara boleh dikenakan hukuman penjara 6 bulan atau denda sebanyak RM 3,000 atau kedua-duanya sekali.






4. Kebaikan menjalani Khidmat Negara terhadap individu?

Kebaikan menjalani Latihan Khidmat Negara (LKN) adalah terletak kepada modulnya yang menekankan corak 3 jenis latihan iaitu:

20% latihan asas ketenteraan .Meliputi aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, reppeiling dan abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.

40% elemen Kenegaraan/ Pembentukan watak Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.

40% elemen Khidmat Masyarakat Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya

Latihan asas ketenteraan misalnya dapat membentuk tahap disiplin yang lebih baik kepada setiap peserta LKN melalui program-program yang telah dirancang.

Para peserta perlu melihat aspek positif perlaksanaan LKN kerana ia diadakan didalam suasana yang ceria, tidak terlalu menekankan aktiviti pembelajaran kelas, lebih bersifat riadah yang dapat mengelakkan aktiviti tidak sihat, dapat memupuk perpaduan melalui percampuran kaum, meluaskan pengetahuan mengenai Negara melalui elemen sejarah dan sebagainya.

KEDUDUKAN / MARTABAT AHLI AL-QURAN






1)
عن جابر بن عبد الله أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يجمع بين الرجلين من قتلى أحد في ثوب واحد ثم يقول:" أيهما أكثر أخذا للقرآن". فإذا أشير له إلى أحدهما قدمه في اللحد، قال:" أنا شهيد على هؤلاء". وأمر بدفنهم بدمائهم ولم يصل عليهم ولم يغسلهم .(صحيح أخرجه الإمام البخاري وأبوداؤد والترمذي والنسائي وابن ماجه)
Daripada Jabir bin Abdillah ra bahawa Rasulullah SAW meletakkan jenazah dua orang yang mati shahid di Medan Uhud di dalam satu liang lahad dan Baginda bertanya : “yang manakah di antara mereka berdua ini yang lebih banyak mengambil (menghafal) al-Quran ?”. apabila ditunjukkan kepadanya (yang lebih banyak hafalannya) di antara mereka berdua, maka Rasulullah SAW meletakkannya di hadapan di dalam susunan liang lahad itu. Dan Rasulullah SAW bersabda : “Aku menjadi saksi ke atas mereka ini” (saksi bahawa merekalah yang bersungguh-sungguh di medan peperangan hingga mati shahid). Rasulullah SAW memerintah dikebumikan mereka itu dengan darah-darah mereka tanpa disolat dan tanpa dimandikan jenazah mereka itu.
2) عَنْ هِشَامِ بْنِ عَامِرٍ ، قَالَ : شَكَى إِلَى رسولِ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْجَراحَاتِ يَوْمَ أُحُدٍ، فَقَالَ : " اُحْـفُرُوْا وَأَوْسِعُوا وَأَحْسِنُوْا ، وَادْفِـنُوْا الاِثْنَـيْنِ وَالثَّلاَ ثَةَ فِي قَـبْرٍ وَاحِدٍ ، وَقَدِّمُوا أَكْـثَرَهُمْ قُرْآناً "، فَمَاتَ أَبِيْ فَقُدِّمَ بَيْنَ يَدَيْ رَجُلَيْنِِ..
(حسن صحيح أخرجه الإمام الترمذي وأبوداؤد والنسائي وابن ماجه وأحمد)
Daripada Hisham bin Aamir ra berkata : dia pernah mengadu kepada Nabi SAW tentang (bagaimana pengkebumian) jenazah yang shahid di medan peperangan Uhud , Rasulullah SAW menjawab : “Koreklah liang kubur , luaskan dan elokkanlah (liang untuk mereka) seterusnya kebumikan dua atau tiga orang di dalam satu liang kubur . Letaklah yang paling hadapan (susunan di dalam liang kubur itu) orang yang lebih banyak menghafal al-Quran”... (kata perawi hadis ini) di antara yang shahid adalah bapaku maka di letakkan di hadapan jenazah yang lain
Pengajaran :
1) Nabi SAW meletakkan jenazah ahli al-Quran lebih ke hadapan daripada yang lain mengikut kadar hafalan mereka, bukti kemulian ahli al-Quran.
2) Hendaklah kita memuliakan apa yang dimuliakan oleh Baginda Nabi SAW.
3) Mereka yang menghafal, mendekati dan memuliakan al-Quran , pasti akan dimuliakan kedudukan mereka di sisi Allah Taala.
4) Orang yang mati shahid wajib dikebumikan tanpa mandi, tanpa kafan dan tanpa solat jenazah.
5) Bukti kemuliaan orang yang mati shahid di medan peperangan fi sabilillah;
a. Tidak dimandi dan tidak dikafankan kerena darah dan kesan luka itu akan menjadi kebanggaan dan perhiasan mereka di hari akhirat nanti.
b. Tidak disolatkan kerana besarnya pahala shahid dan itu sudah cukup memberi syafaat kepada mereka.

Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir




KUALA LUMPUR, 4 Feb:Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah sokongan negara itu terhadap pemerintahan Hosni Mubarak yang ditolak rakyat.Mereka membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Perhimpunan ini disertai oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain.

Selain itu ,turut serta menyokong memorandum bantahan itu Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Namun begitu,Polis didakwa menggunakan kekerasan dengan memukul, menyepak dan memaki peserta himpunan dan difahamkan tujuh ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.



p/s :Editor berasa pelik mengapakah demonstrasi ini tidak disiarkan di TV ? Dipengaruhi oleh Amerika dan Yahudi yang menentang demonstrasi ini ? Atau di paparkan di TV hanyalah Hiburan sahaja?

SUMBER : harakah daily

PM Lawat Merlimau : 19 Feb 2011


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan sehari ke Merlimau pada 19 Februari depan untuk meninjau kemajuan pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata antara aturcara sempena lawatan Perdana Menteri ialah merasmikan pecah tanah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin, yang dibangunkan dengan anggaran kos RM300 juta di atas tanah milik Yayasan Melaka.

Beliau juga dijadual melakukan pecah tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Merlimau, melakukan tinjauan mesra di Pekan Merlimau dan pada sebelah malamnya menghadiri jamuan rakyat serta jamuan Tahun Baru Cina di pekan itu.

Sempena lawatan itu, Najib, yang juga pengerusi BN akan mendengar taklimat persediaan pilihan raya kecil DUN Merlimau, kata Mohd Ali kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat timbalan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Ahmad Maslan, di Seri Bendahara di Melaka hari ini.

Turut hadir pada perjumpaan yang membincangkan mengenai strategi dan kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau itu ialah ahli majlis tertinggi Umno yang juga ketua penerangan Umno Melaka, Datuk Idris Haron.

Mohd Ali berkata lebih banyak kawasan industri baru akan dibangunkan di DUN Merlimau, antaranya di Lipat Kajang bagi pembangunan lebih pesat. Mengulas mengenai pilihan raya di DUN berkenaan, beliau berkata Merlimau merupakan kubu kuat BN sejak dahulu dan menyaksikan banyak pembangunan. "Saya juga percaya sentimen pengundi di DUN itu kuat dan berada dalam mood yang baik untuk terus menyokong BN kerana banyak jasa ditinggalkan oleh Allahyarham Mohamad Hidhir untuk pembangunan Merlimau," katanya.


p/s : saya sebagai anak Merlimau berasa pelik dan sangsi ? mengapa tiba pilihanraya baru nak mencurah pembangunan ? *Bersyukur*

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA





Sejarah Tahun Baru Cina
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.
Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.
Malam Tahun Baru Cina
thn_br_cina_2
Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.
Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.
seni-tari-dan-atraksi-barongsai
Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina
Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.
Chap Goh Mei
3286516396_ce90b215f7
Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.
Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.