Tuan Guru Nik Aziz Ziarah Merlimau


Pada 12 Feb (Sabtu ) Mursyidul AM PAS Tuan Guru Nik Aziz akan menziarahi Merlimau untuk gerak gempur PAS sempena PRK DUN Merlimau pada 6 Mac. Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz selaku kepimpinan tertinggi PAS dijangkakan, akan menyuntik semangat para jentera pilihanraya PAS dan PR untuk melakukan gerak kerja bagi membuat 'kejutan' di PRK pertama di Melaka selepas tsunami politik Mac 2008.


Tuan Guru Nik Aziz di jangkakan merasmikan Markaz Besar PAS di Taman Muhibbah, Merlimau pada 11 pagi. Manakala pada malamnya, Tuan Guru Nik Aziz akan mengadakan ceramah perdana di Pusat Tahfiz Al-Solihin bersama pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz dijangkakan memberi tamparan hebat kepada jentera pilihanraya UMNO Be End Melaka terutamanya Pengarah Pilihanrayanya, Ali Rustam.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan sehari ke Merlimau pada 19 Februari depan untuk meninjau kemajuan pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata antara aturcara sempena lawatan Perdana Menteri ialah merasmikan pecah tanah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin, yang dibangunkan dengan anggaran kos RM300 juta di atas tanah milik Yayasan Melaka.


Beliau juga dijadual melakukan pecah tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT)Merlimau, melakukan tinjauan mesra di Pekan Merlimau dan pada sebelah malamnya menghadiri jamuan rakyat serta jamuan Tahun Baru Cina di pekan itu.


Tiada ulasan on "Tuan Guru Nik Aziz Ziarah Merlimau"