PTPTN:48% SAHAJA DAPAT DIKUTIP


KUALA KRAU   – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya berjaya mengutip kira-kira 48 peratus hutang tertunggak daripada peminjam pembiayaan tersebut.
Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pelbagai saluran yang ada termasuk melalui pihak media telah dilakukan, tetapi hanya RM2 bilion hutang berjaya dikutip setakat ini.
“Kami mensasarkan hutang untuk dikutip sebanyak RM4.1 bilion tetapi jumlah yang berjaya cuma RM2 bilion atau 48 peratus daripada hutang tersebut,” katanya pada Mesyuarat Agung Persatuan Ibu-Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 18 di sini hari ini.
Justeru, Ismail berkata, beliau meminta golongan ibu-bapa atau penjaga menasihati peminjam yang masih belum menjelaskan hutang mereka supaya berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Ia kerana, kata beliau, kira-kira 200,000 peminjam PTPTN terlibat gagal dihubungi pihaknya berhubung pembayaran balik tersebut sehingga kini.
Dalam pada itu, katanya, pelajar baru yang mahu membuat pinjaman perlu membuat permohonan secara dalam talian dan mereka akan ditawarkan pinjaman itu untuk sesi pengajian pada September ini.
Menurutnya, PTPTN telah memperuntukan sebanyak RM6 bilion sebagai pinjaman pembelajaran kepada kira-kira 235,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta pada tahun ini.
“PTPTN telah menambah jumlah pinjaman daripada RM2 bilion kepada RM6 bilion sejak tahun 2007 bagi membolehkan para pelajar memberi tumpuan kepada pelajaran tanpa perlu memikirkan soal kewangan,” katanya.(berita)
p/s :Mungkin selepas ini saya akan ditawarkan pinjaman ini.

Tiada ulasan on "PTPTN:48% SAHAJA DAPAT DIKUTIP"