Platform Anak Muda !!!


Platform lahir setelah melihat anak muda dipinggirkan suaranya


Misi

- menjadikan PlatformM.AM sebagai entiti menjuarai isu-isu anak muda dan rakyat
- menjadi pendesak atau 'barisan ketiga' kepada pemerintah pusat dan negeri
- memperkasakan anak muda untuk bebas menjadi perkakas parti politik



MARI BERAKSI!

Mari membaca!

Muat turun poster di http://platform-anakmuda.blogspot.com/

Pilih media yang anda punya dan cara yang anda suka:

a. Online:

1. Tambahkan blog http://platform-anakmuda.blogspot.com/ di link blog anda
2. Anda juga boleh posting karya kreatif anda (tulisan, foto, video, illustrasi dan sebagainya) tentang Protes Media!
3. Ganti foto profil akaun Twitter, Facebook, Plurk, Tumblr dan lainnya dengan poster Protes Media!
4. Follow akaun Twitter @platform_am atau bergabung dengan kami di Facebook,http://www.facebook.com/platform.am
5. Tweet atau tulis status Facebook anda dengan idea-idea dan pendapat anda tentang media kita dengan memasukkan hashtag kata #protesmedia dan tag di page Facebook kita serentak mulai jam 4 petang
6. Demonstrasi Four square dengan beramai-ramai check in pada jam 4 petang di sekitar Majid Jamek dan tulis "Protes Media!"
7. Bantu dan sebarkan idea tentang Protes Media! di semua akaun online anda


b.Offline:


1. Flash mob membaca akhbar terbalik di perkarangan Masjid Jamek pada pukul 4 petang dan seluruh negara
2. Membaca akhbar terbalik secara santai (tidak perlu flash mob) di Masjid Jamek pada pukul 4 petang dan seluruh negara

Dokumentasikan kegiatan Protes Media! versi kelompok atau komuniti
Upload foto kegiatan itu melalui
Twitter (mention @platform.am atau gunakan #protesmedia
Tag di facebook Platform.am (Page)
Emel ke platform.anakmuda@gmail.co
m
Aksi ini boleh dilakukan di mana-mana anda berada pada 16 April 2011, lebih afdhal bermula serentak jam 4 petang


platform.anakmuda @ gmail.com

Protes akan berlangsung tanpa pimpinan rasmi kerana Platform tiada pemimpin!

Platform juga lahir untuk mengakomodasi anak-anak muda peduli negara dan politik tetapi lemas dengan permainan politikus dan parti-parti politik yang ada 


Sebarkan!


Protes dengan membaca akhbar secara ‘terbalik’

Fazy Sahir
 | April 16, 2011
'Platform Anak Muda' mendesak kerajaan Malaysia menghormati kebebasan media dan rakyat dalam mendapatkan sebarang maklumat.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan anak muda yang memperkenalkan diri mereka sebagai ‘Platform Anak Muda’ hari ini mengadakan protes aman di sekitar bandaraya bagi mendesak kerajaan Malaysia menghormati kebebasan media dan rakyat dalam mendapatkan sebarang maklumat.
Sekumpulan 20 anak muda terbabit, secara simbolik, membaca akhbar arus perdana secara ‘terbalik’ sebagai tanda protes.
Mereka bermula di stesen LRT Masjid Jamek dan kemudian bergerak menuju ke Masjid India dan kawasan sekitar bandaraya.
Turut kelihatan 10 anggota polis yang memantau pergerakan kumpulan terbabit namun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.
Platform Anak Muda ditubuhkan oleh sekumpulan anak muda yang menentang kebebasan media tetapi mereka enggan mendedahkan butir-butir pengasasnya.
Melalui kenyataan medianya hari ini, ‘Platform Anak Muda’ ini menyifatkan tindakan kerajaan menyekat kebebasan ini membawa kemunduran kepada negara dan bercanggah dengan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sekatan maklumat ini lebih hebat berlaku, lebih-lebih lagi ketika pilihan raya negeri Sarawak, di mana masa mengundi baru sahaja tamat jam 5 petang tadi.
“Jika rakyat diutamakan, hormatilah hak asasi rakyat untuk bebas mendapatkan maklumat dan informasi tidak kira sama ada media itu berpihak kepada mana-mana pihak sekalipun,” kata kenyataan itu.
“Di Malaysia, hampir semua jenis media dari televisyen, radio hinggalah ke akhbar dikekang hebat dengan menggunakan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak untuk menutup maklumat yang berpandangan pluralis dari sampai kepada anggota masyarakat.
“Dalam hal ini dapat dilihat di sepanjang 10 hari kempen pilihan raya negeri Sarawak yang tamat tengah malam tadi,” demikian kenyataan Platform Anak Muda kepada FMT awal petang ini.
Rasa tidak puas hati
Sementara itu, beberapa ahli yang ditemui berpendapat bahawa timbul rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat terhadap penyampaian media arus perdana yang didakwa berat sebelah.
Menurut Chuah Siew Eng, inisiatif yang dilakukan kumpulan anak muda ini harus dipuji memandangkan mereka jelas dengan situasi yang dimainkan media arus perdana kini.
“Saya ingin memberi sokongan kepada anak muda dengan inisiatif mereka menganjurkan protes ini. Ramai yang pandai mengkritik media arus perdana yang lain tapi tidak buat apa-apa tindakan yang jelas dan memberikan impak,” katanya.
Termos Ibin berkata media arus perdana perlu menyampaikan maklumat yang seimbang dan jelas serta tanpa memihak.
“Kami ingin menunjukkan rasa menyampah kami terhadap media-media arus perdana. Kami melihat apa yang disiarkan berat sebelah dan tidak memberikan maklumat yang betul.
Walaupun kami tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi kami mahukan semua maklumat yang disampaikan saksama dan seimbang,” katanya.
Bagi Daniel Caspelo pula, kebanyakan maklumat yang disampaikan banyak diputarbelitkan memandangkan media arus negara dikawal sepenuhnya oleh pihak kerajaan.
“Sekarang ini banyak ‘info’ yang diputerbelitkan oleh media yang dikawal oleh kerajaan,” terang beliau.

Tiada ulasan on "Platform Anak Muda !!!"