Sajak : Kepercayaan Itu Cinta





Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Kepercayaan Itu Cinta

Islam meraikan fitrah manusia,
Mencintai dan dicintai yang diinginkan.

Namun,
Niat dan haluannya,
Syariat Islam menjadi kompas,
Cintailah kepada sesiapa insan,
Asalkan bersama,
Asalkan bersatu,
Menghampiri pada Yang Khaliq.

Andai dia membawa kita,
Kuasa Allah diperlekehkan,
Syariat Allah dipermain-mainkan,
Satu perpisahan itu jalannya,
Kerana,
Ada cinta membawa binasa,
Ada cinta membina syurga,

Laman sosial menjadi talian,
Perhubungan yang bermula,
Entah bila,
Entah kenapa,
Biar kita tidak berjumpa,
Asalkan tepati tuntutan syaraknya,

Ilmu,
Cintailah ilmu dahulu,
Andai diri ini mengganggu,
Lupakanlah ia dahulu,
Kerana cinta-Nya ada bersamamu,

Malu,takut untuk berbicara,
Kerana diri tidak seberapa,
Selepas nikah terbitnya cinta,
Cinta sebenar-benarnya ,
Agar terbina mahligai bahagia,

Siramilah cinta dengan sebaik-baik siraman, (Zikrullah) 
Cintailah Sang Pencipta dengan sebaik-baik kecintaan,
Kerana ,
Dia yg menciptakan & Mengurniakan CINTA!

Muhammad Muzakkir
1 MEI 2011



Tiada ulasan on "Sajak : Kepercayaan Itu Cinta"