Matrikulasi | Medan Tarbiyyah

Matrikulasi | Medan Tarbiyyah


Secara rasminya tamatnya sudah suatu alam di mana diri ini dibawa ‘terjun’ ke suatu jalan yang asing lagi mencabar dahulunya, iaitu alam ketika di berada matrikulasi. Bermula dari hari pendaftaran lagi, berasa seperti bakal berlaku suatu perubahan yang besar sehingga mampu mengubah pandang sisi ke arah memperjuangkan islam dan mengenal erti dakwah. Serta, siapa sangka ketika di matrikulasi inilah dai’e-dai’e hebat dilatih,diberi pendedahan dan diasah bakat oleh waqi’ kolej disamping huluran nasihat Naqib dan Murabbi.
  • NADI TARBIYYAH PELAJAR

Suatu pertubuhan pelajar islam yang ditubuhkan di Kolej Matrikulasi Melaka. Keterlibatan dalam persatuan inilah yang menjadi penyebab  perubahan bukan sahaja diri sendiri bahkan sahabat-sahabat yang lain. Pada awal kemasukkan, semasa minggu orentasi  diadakan hari temuduga untuk menjadi ahli NTP dan terbuka kepada semua pelajar baru. Mereka iaitu ‘senior’ lepas telah membuka 5 checkpoint yang menilai kualiti ahli NTP yang ingin diterima dalam nilai yang sedikit. Namun begitu, cara ini telah mendatangkan buah mulut dikalangan ahli NTP sendiri yang mahukan pembukaan penyertaan ahli kepada semua pelajar tanpa limitasi.
Penyertaan saya sebagai ahli biasa NTP, saya kira adalah kerana nasib dan takdir. Kerana pada awalnya saya menolak untuk menjadi ahli mana-mana persatuan kerana dengan niat ingin mahu fokus sepenuhnya dalam pelajaran yang mana semasa di matrikulasi memerlukan penumpuan yang penuh pada akademik.
  • PILIHANRAYA KOLEJ
Pilihanraya Kolej merupakan suatu kenangan dan pengalaman yang tidak akan saya lupakan walaupun saya tewas dalam pemilihan. Ia bermula dari pengumuman yang dibuat oleh pentadbiran kolej yang mana memberi tahu akan mengadakan pilihanraya kolej untuk memilih wakil-wakil pelajar iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Timbul hasrat ingin bertanding adalah dari sikap ingin mencuba dan mengetahui benda baru yang mungkin boleh diaplikasi semasa naik universiti nanti.

Penyertaan masuk ke dalam pilihanraya pada awalnya tidak diketahui oleh ahli dan MT NTP sendiri. Ia diketahui selepas penamaan calon dan pengkhabaran tersebut disampaikan sendiri kepada mereka. Bukan hasrat untuk melarikan diri daripada NTP tetapi sekadar ingin mendapatkan pengalaman walaupun saya ketahui diri saya bukanlah sehebat mana. Dengan takdir ALLAH, selepas tamatnya pilihanraya saya menjadi sebagai ahli NTP seperti biasa dan siapa yang mampu menduga takdir Allah yang penuh hikmah dimana diakhir semester banyak perkara yang berlaku membentuk diri menjadi muslim professional dan pelajar yang bertanggungjawab.
  • PERUBAHAN STRUKTUR ORGANISASI

Program Matrikulasi merupakan program pintas kepada pelajar-pelajar yang ingin menyambung ijazah sarjanamuda di universiti-universiti awam (IPTA) ataupun swasta (IPTS). Oleh itu, ada sebilangan pelajar yang mendapat tawaran program ini memberhentikan pelajaran kerana berpendapat bahawa sistem pembelajaran di matrikulasi adalah susah, membebankan dan jadual belajar yang padat. Selain itu, ada juga pelajar yang memberhentikan belajar kerana mendapat tawaran dari universiti dan kolej swasta lain.

Oleh itu, kesan daripada perkara ini telah menyebabkan ramai dikalangan MT NTP malah ahli juga telah berpindah atau berhenti sehingga menyebabkan jawatan yang dipegang mereka menjadi kosong. Jadi untuk mengelakkan kekosongan jawatan yang terlalu lama, beberapa ahli dinaikkan untuk memegang  jawatan termasuk saya. Dari ahli biasa yang tiada komitmen penuh pada badan dakwah lalu dilantik salah seorang daripada MT adalah sesuatu yang mengejutkan. Antara menguruskan badan dakwah dan persatuan biasa adalah sesuatu perkara yang berbeza disamping ketiadaan pengalaman , pendirian yang mahu fokus kepada pelajaran dan ‘view’ dakwah yang kurang mana mungkin mampu memegang jawatan tersebut. Namun, ditegaskan kembali Hikmah Allah itu sangat luas sehingga kita sebagai manusia tidak terfikir.
  • UKHWAH LITTLE CALIPH

Tafhum wa ukhuwah almiftah lil jamaah

              Bermaksud kefahaman dan ukhuwah kunci kepada jemaah. Kefahaman yang jelas merupakan elemen yang sangat penting dalam melakukan sesuatu apatah lagi berada dalam jemaah. Kefahaman yang jelas menjadi rukun pertama dalam Usul Isrim yang digagaskan oleh As-Syahid iman Hassan Al-Banna. Ini kerana kefahaman yang jelas akan memastikan ahlinya akan memahami matlamat  sebenar berada dalam sesuatu tanzim dan terus thabat pada jalan perjuangan menuju mardhotillah. Selain ukhuwah pula akan menjadi penguat dan pemangkin kekuatan sesebuah tanzim kerana mereka akan bersama melakukan gerak kerja, tanpa ukhuwah maka gerak kerja kan bercelaru dan matlamat tidak akan dapat dicapai. 

Sejajar dengan firman Allah dalam surah al Hujuraat ayat 9-10:

9. dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka lawanlah puak Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.

10. sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat

Ukhwah Atas Ikatan Iman


            Terima kasih kepada Allah S.W.T yang telah menetapkan saya dan sahabat-sahabat saya di jalan dakwah ini. Kerana semata-mata ingin melihat Islam diletakkan di tempat yang tertinggi, hati-hati ini  tanpa menduga telah bersatu bahkan telah membawa satu ketumbukan dakwah yang hebat di kolej. Ukhwah bukan sesuatu yang boleh dipaksa rapat, dikenal cari dan difahami mengikuti.

Tetapi ukhwah adalah satu ikatan yang terbit dari hati dari sahabat dan sahabat yang lain. Perkenalan yang cuma beberapa bulan di matrikulasi telah memberikan kenangan persahabatan yang mendalam kesan daripada interaksi semasa dalam organisasi NTP. Lebih-lebih lagi semasa berlangsungnya College Islamic Festival (CIF), seluruh tenaga kerja diperlukan oleh NTP dalam menguruskan festival terbesar kolej ini sehingga  telah memberikan satu pendedahan dan pengalaman baru kepada semua ahli NTP tentang pengurusan sesebuah organisasi dan jaringan komunikasi.

Ceritera kami ini telah saya kompilasikan dalam satu video :




1 ulasan on "Matrikulasi | Medan Tarbiyyah"

Bunyamin Abdul Rahman berkata...

mashaAllah... terbaik!~